Tuesday, October 26, 2010

Program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) utk BELIA (Fasa Pertama)

Kursus PERCUMA 100% (yang juga menjanjikan PELUANG GERAN PEMBANGUNAN BERNILAI RM50,000++ !) untuk Belia Bumiputera yang terpilih (TERHAD kepada 30 orang sahaja!)...

============================================
SELEPAS menghadiri selepas bengkel 3-hari pertama ini, PARA PESERTA yang menghantar idea keusahawanan multimedia kreatif dan terpilih sebagai 30 TERBAIK akan diberi RM500 setiap seorang !!
===================================...=========

SEPERTI YANG DIWARTAKAN DI:
http://koperasi.kumuda.org/news/program-keusahawanan-multimedia-kreatif-kmk-utk-belia-fasa-pertama-

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) sedang menyelia pendaftaran dan rancangan pelaksanaan Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK), sebuah program anjuran INSKEN & MSC Malaysia bermula OKTOBER 2010 hingga JUN 2011.

Program KMK ini adalah salah satu daripada inisiatif INSKEN dlm mempertingkatkan pendapatan isi rumah golongan terpinggir iaitu BELIA, WANITA, ORANG KURANG UPAYA (OKU) dan Orang Asli menerusi penglibatan dalam pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intelektual (IPPC) anjuran MSC Malaysia.

IPCC adalah sebuah pertandingan tahunan yang bertemakan kandungan kreatif yang menawarkan GERAN bagi pembangunan multimedia kreatif. Pertandingan ini merangkumi EMPAT (4) kategori seperti:-

1. Komik Interaktif Digital
2. Animasi
3. Permainan Kasual Komputer (Computer Gaming)
4. Permainan Telefon Mudah Alih (Mobile Gaming)

Program ini terbahagi kepada TIGA (3) fasa dengan Fasa Pertama yang dibantuselia oleh KUMUDA di Pulau Pinang melalui sebuah sesi BENGKEL MULTIMEDIA 3-hari 2-malam pada 26-28 OKT 2010.

Penyertaan TERHAD kepada 30 ORANG PESERTA SAHAJA.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-

1. BELIA MELAYU/BUMIPUTERA berusia di antara 18 hingga 30 tahun.
2. Berkemahiran asas menggunakan komputer
3. Menetap di negeri-negeri utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang atau utara Perak.

YURAN: TIADA!

Kos penginapan hotel & pengangkutan pergi-balik daripada kediaman peserta ke lokasi bengkel ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur (MSC Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - MoSTI)

============================================
Untuk pendaftaran, sila faksimilkan butiran diri berserta nombor MYKAD (dan resume bergambar, jika ada) ke (04) 866-0098 atau emelkan ke kursus@kumuda.org dengan subjek "KMK-PP1".

Atau poskan ke alamat berikut:-

Bahagian Kursus #KMK-PP1
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)
No 4. Ruang Niaga Seri Genting (PERDA)
Pekan Simpang Empat
11000 BALIK PULAU, PP
===========================================

Untuk pertanyaan, hubungi Pn Ija di talian (04) 866-2706 atau emel kepada ija@kumuda.org atau tarmizi@kumuda.org

SURAT RASMI PELAWAAN di:

http://koperasi.kumuda.org/resources/KMK%20KUMUDA%202010%20-%20semua.pdf
atau
http://www.scribd.com/doc/37676339/Pelawaan-Program-Keusahawanan-Multimedia-Kreatif-KMK-2010-2011

=====================
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Khamis, 30 SEPTEMBER 2010.
=====================